Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

PRK Sg Besar: Pakatan...

SUNGAI BESAR - Kempen Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai...

8 Tol LDP, SDE...

KUALA LUMPUR - Kutipan tol secara elektronik (ETC) akan dilaksanakan sepenuhnya melibatkan lapan...

Pemuda BN Sarawak Kecam...

KUCHING - Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak mengecam kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,...

PRN: Rundingan Kerusi PH,...

Kuala Lumpur : Hasil rundingan berhubung pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara...

PAN Dakwa Ibu Bapa 2017 Menderita Anak Ke Sekolah?

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa kononnya tahun 2017 adalah tahun yang paling perit buat golongan ibu bapa membuat persiapan untuk anak mereka memulakan sesi persekolahan.

Naib Pengerusi 3 PAN, Mariam Abdul Rashid mendakwa kononnya semua ibu bapa tidak perlu bersusah payah menyediakan keperluan anak-anak ke sekolah jika Pakatan Harapan berjaya memerintah negara.

“Tahun 2017 adalah tahun yang mana ibu bapa merasakan sangat-sangat perit dan terbeban dengan kos perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka yang meningkat.

“Pemerintah langsung tidak hirau derita rakyat malah mereka terus menerus dengan kehidupan mewah membelanjakan harta negara dan rakyat demi kepentingan peribadi,” dakwanya dengan penuh prejudis dalam satu kenyataan media hari ini.

Mariam dalam nada menghasut turut menggesa rakyat agar mengubah kerajaan sedia ada kepada Pakatan Harapan yang didakwa konon sebagai lebih telus dan beramanah.


“Rakyat Malaysia sudah cukup-cukup derita. Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah masa rakyat Malaysia merubah kepada kerajaan Pakatan Harapan yang sudah terbukti kecemerlangannya di Selangor dan Pulau Pinang,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori