• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang FA Optimis Kembali Digeruni Lawan

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Pasukan Pahang FA optimis untuk kembali menjadi pasukan yang digeruni dengan kehadiran 15 pemain baharu termasuk empat pemain import pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017.

Jurulatih pasukan Dollah Salleh yang kembali membimbing skuad Tok Gajah berkata perubahan yang agak ketara perlu dilakukan pada musim ini memandangkan Pahang kehilangan ramai tonggak utama tahun lalu.

Tambah beliau, misi pertamanya adalah mencari keserasian di antara pemain, yang merupakan antara elemen penting dalam menjamin kejayaan sebuah pasukan bola sepak, walaupun tanpa kehadiran pemain ternama.

“Pada peringkat awal, kita akui wujud sedikit kesukaran tapi selepas beberapa perlawanan persahabatan terutamanya di Singapura, kita dapat lihat ada peningkatan dalam corak permainan mereka,” katanya pada sesi pengenalan pemain baharu Pahang FA pada Festival Pahang Super Best di Stadium Temerloh di sini semalam.

Turut hadir ialah Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dollah menambah beliau menyasarkan untuk menjulang sekurang-kurangnya satu piala pada musim ini kerana sedar dirinya menggalas tanggungjawab berat daripada peminat skuad Tok Gajah yang mahu pasukan itu kembali ke tangga teratas liga.

Empat pemain import baharu Pahang FA ialah Mohamadou Sumareh, 23, penyerang dari Gambia yang pernah menyarung jersi pasukan Perlis dan Julious Oiboh, 26, dari Nigeria yang merupakan bekas pemain Thai Honda FC dan BB-CU Thailand yang menjaringkan tiga gol pada perlawanan persahabatan di Singapura.

Dua lagi ialah Heo Jae Won, 32, pemain pertahanan dari Korea Selatan serta Fransisco Insa Bohigues, 28, pemain tengah dari Sepanyol dan pernah bermain di Indonesia sebelum ini.

Sementara itu, 11 pemain baharu Pahang FA ialah empat bekas pemain Terengganu iaitu Muhammad Zubir Azmi, 25, (pertahanan); Ahmad Nordin Alias, 32, (tengah); Joseph Kallang Tie, 29, (tengah) dan Mohamad Ashari Samsudin, 31, pemain tengah dan penyerang yang dikenali sebagai ‘silent killer’.

Pemain baharu lain ialah Muslim Ahmad, 32, (pertahanan) dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, 25, (tengah/sayap) dari Kelantan; Ahmad Syamin Yahya, 27, (tengah) dan Christie Jayaseelan, 30, (tengah/sayap) dari Felda United; Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Shaari, 24, (tengah) dari Perak serta Mohd Afif Amiruddin, 32, pemain pertahanan dari Perlis.

Turut kembali menyertai pasukan Tok Gajah ialah bekas penjaga gol Wan Muhammad Azraie Wan Teh, 30, yang sebelum ini bermain bagi pasukan T-Team.

Pemain yang kekal bersama Pahang FA musim ini ialah penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias, 33, dan Mohd Saufi Mohamad, 24, serta pemain Mohd Saifulnizam Miswan, 36, Mohd Ashar Al Aafiz, 21, Mohd Faisal Mohd Rosli, 25, Matthew Thomas Davies, 21, yang merupakan ketua pasukan.

Pemain lain ialah Mohd Faizal Mohd Halim, 19, Mohd Nor Azam Azih, 22, Solomon Raj, 22, R.Dinesh, 19 dan R. Kogileswaren, 19. – BERNAMA

Tags: Liga MalaysiaPahang FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

JDT Mampu Sapu Bersih Semua Piala Dipertandingkan

21/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) boleh membuat pencabar mereka dalam Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd