• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Kesan Remaja Lemas Diperluas Ke Sempadan K’tan

oleh Ahmad Albab
19/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Operasi mencari dan menjejaki seorang pelajar yang dilaporkan hilang di Pantai Bukit Keluang, Besut sejak Jumaat lepas diperluaskan sehingga ke sempadan Kelantan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Azlimin Mat Noor berkata operasi yang kini memasuki hari keenam melibatkan radius pencarian sejauh 60 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Kita telah melakukan pencarian melibatkan kawasan pesisir pantai, rondaan di laut, selaman dan pelbagai teknik namun usaha mengesan mangsa masih gagal.

“Selain itu kita turut memperluaskan pencarian di kawasan Pulau Perhentian dan Pulau Susu Dara,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, di sini hari ini.

Sabtu lalu, dua pelajar, Nik Mohd Haikal Fitri Nik Samsuddin, 13, dan Mohammad Izzat Haikal Alias, 12, dari Kampung Raja, Besut, dilaporkan lemas ketika mandi bersama empat lagi rakan mereka dalam kejadian kira-kira 2.30 petang.

Bagaimanapun mayat Nik Muhamad Haikal Fitri ditemukan 200 meter dari pantai berkenaan keesokannya.

Azlimin berkata pihaknya turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk penduduk kampung dan menggunakan teknologi ‘dron’ untuk mengesan pelajar terbabit. – BERNAMA

Tags: Bombamati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd