• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Terjatuh Laut, Ditemui Mati Lemas

oleh AK-47
12/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang nelayan yang hilang selepas terjatuh ke dalam laut di perairan Tanjung Piai, Pontian, dekat sini, semalam, ditemukan mati lemas oleh orang awam, hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Maritim Selatan, Kapten Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata mayat Maslan Samedi, 51, dijumpai pada pukul 6 petang, kira-kira 300 meter dari tempat dia terjatuh iaitu berhampiran jeti nelayan Pangkalan Perpat Pungur.

Mayatnya kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamatkan mangsa yang dilancarkan sejak petang semalam disertai pelbagai agensi termasuk Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, APMM dan nelayan tempatan.

Menurut APMM, mangsa dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil pekerja pembinaan pulau buatan di jeti Pangkalan Perpat Pungur, sebelum bot dikemudinya hilang kawalan lalu berpusing-pusing dan menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam laut. – BERNAMA

Tags: lemasNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd