• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Hilang Selepas Terjatuh Dari Bot

oleh Ahmad Albab
12/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut di perairan Tanjung Piai, Pontian dekat sini petang semalam setelah bot yang dikemudinya dipercayai hilang kawalan.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Johor Bahru, Komander Maritim Iskandar Ishak berkata kejadian berlaku sewaktu Maslan Samedi,51, yang berseorangan dalam perjalanan untuk mengambil pekerja pulau buatan di jeti nelayan Pangkalan Perpat Pungur kira-kira 3.40 petang.

“Mangsa merupakan nelayan di pangkalan tersebut namun membuat kerja sampingan dengan menghantar pekerja-pekerja pulau buatan itu ke satu kawasan tambakan berhampiran Tanjung Piai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa hilang kawalan kerana dipercayai kurang sihat manakala cuaca dan ombak pula adalah berada dalam baik.

“Seorang saksi memberitahu bot mangsa turut berpusing-pusing sebelum dia jatuh ke dalam laut,” katanya.

Beliau menambah kejadian kemudian dimaklumkan kepada APMM oleh pengurus pulau buatan untuk tindakan susulan.

“APMM telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan nelayan tempatan.

Sehingga kini, ia masih diteruskan sehingga mangsa ditemui atau suatu masa yang akan diputuskan oleh pasukan penyelamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd