• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Nasi Lemak Aiskrim’ Hasil Inovasi Gadis Cina

oleh Ahmad Albab
31/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Nasi Lemak Aiskrim, bunyinya kedengaran agak janggal dan pelik namun makanan kegemaran rakyat Malaysia ini berjaya diinovasikan oleh seorang gadis, yang menghasilkan aiskrim perisa nasi lemak.

Melissa Tan Chia Hui, 25, lulusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dari Universiti Middlesex, London nekad meninggalkan kerjaya sebagai pereka grafik di sebuah syarikat di Pulau Pinang, untuk menghasilkan produk jenama sendiri, ‘Skream Softserve’.

Melissa yang juga penggemar nasi lemak, berkata tujuannya menghasilkan makanan itu adalah bagi menyuntik inovasi baharu terhadap makanan tradisi Melayu itu yang turut diminati oleh pelbagai kaum di negara ini.

“Bukan kerana gimik atau ingin mendapatkan perhatian malah jauh sekali ingin digelar hipster.

“Matlamat saya ialah untuk menghasilkan perisa yang lazat, orang ramai akan menyukainya dan mereka akan berkata, ‘oh ini benar-benar aiskrim perisa nasi lemak’.

“Bagi memastikan menu ini adalah tulen dan merupakan menu istimewa dari kampung halaman kami, saya jadikan ia lebih bersifat tempatan, semua kaum boleh makan,” katanya ketika ditemui Bernama di Kafe Diem, di Jalan Penjara Lama, Pekan Cina di sini.

Walaupun namanya Nasi Lemak Aiskrim, namun ia dihidangkan tanpa nasi, dan di atas aiskrim itu akan ditabur dengan bahan utama yang terdapat pada menu nasi lemak seperti kacang tanah, ikan bilis, sambal, telur (telur puyuh) dan timun.

Melissa berkata aiskrimnya dihasilkan menggunakan perisa serai dan santan kelapa dan apabila dijamah, rasanya tidak ubah seperti nasi lemak yang sebenar.

“Kesemua bahan-bahan ini saya hasilkan sendiri dan kesemuanya adalah segar tanpa bahan pengawet atau kimia, saya ambil masa tiga bulan untuk buat kajian terlebih dahulu dan belajar menghasilkan nasi lemak sendiri.

“Perkara paling sukar saya nak hasilkan ialah sambal, sebab saya perlu buat sambal kering yang ada rasa pedas kerana sambal yang terlalu berminyak tidak sesuai jika dicampurkan bersama aiskrim,” katanya.

Melissa baru sahaja seminggu memulakan perniagaan di kafe tersebut yang merupakan kolaborasi beliau dengan pemilik kafe itu yang menghidangkan kek dan pelbagai jenis kopi.

“Pada hari pertama saya memulakan jualan, saya berjaya menjual 30 cawan aiskrim nasi lemak, bagaimanapun semalam saya berjaya menjual 144 cawan (harga satu cawan RM10),” katanya dan menambah, permintaan semakin meningkat selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Jelasnya beliau sama sekali tidak mengambil hati dengan komen-komen negatif yang dilemparkan di media sosial kerana menurutnya, ia merupakan ruang untuk beliau memperbaiki kelemahan.

“Ramai yang kata saya macam-macam, kerana hasilkan idea seperti ini tapi saya tidak kisah kerana saya tahu ini adalah satu daripada cabaran untuk saya berjaya.

“Ada yang kata saya tidak waras, ada yang kata rasa makanan ini mungkin meloyakan, tapi apa kata, cuba dulu baru mereka boleh tahu rasanya,” katanya.

Melissa turut berhasrat untuk mewujudkan perniagaan francais atas jenama sulung beliau itu dan berharap agar Tahun Ayam pada tahun ini mampu membawa lebih banyak tuah dan kejayaan pada dirinya. – BERNAMA

Tags: cinaNasi Lemak Aiskrim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Ketam Melayu Dalam Bola Sepak Malaysia

02/02/2022
0

Ini bukan cerita rasis. Ini cuma sebuah cerita yang masih jadi sebutan hingga hari ini. Cerita antara Ketam Melayu dan...

Tak Mengaku Salah Tendang Wanita Penghantar Makanan

21/05/2020
0

PETALING JAYA - Lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap dua tuduhan mencederakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd