• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesibukan Buat Nana Jarang Jumpa Anak Tunggalnya

oleh AK-47
18/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENJAK menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua, rezeki penyanyi Siti Nordiana nampaknya semakin bertambah apabila menerima banyak tawaran dalam kerjaya seninya.

Dek kerana itu, Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana menjadi terlalu sibuk hingga menyebabkan dia jarang bertemu dengan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 9.

Sehinggakan persiapan persekolahan anaknya juga terpaksa dibantu oleh abangnya.

Menurut Nana, dia hanya dapat berjumpa dengan Rayyan beberapa kali dalam sebulan.

Kesibukan Buat Nana Jarang Jumpa Anak Tunggalnya

“Saya memang rindukan Rayyan dan syukur saya sudah terangkan kepadanya mengenai jadual kerja saya. Rayyan faham ibunya bekerja untuk menampung kami berdua, yang membuatkan saya lebih terharu.

“Saya bangga dengan Rayyan dan dia anak yang tidak banyak kerenah. Dia tahu saya keluar mencari rezeki dan saya adalah segala-galanya untuk dia, begitu dia pada saya sejak (bekas) suami meninggal dunia.

“Apabila saya sibuk, saya akan terangkan kepada dia apa yang saya lakukan dan dia faham. Kalau dia cuti, memang saya akan bawa dirinya bersama-sama ke mana saya pergi,” katanya kepada BH Online.

Meskipun sibuk dan tidak berkesempatan bertemu dengan anaknya, Nana memberitahu, dia tetap menghubungi dan membuat panggilan video dengan Rayyan.

Dalam perkembangan lain, Nana sedang merancang untuk menghasilkan album solonya.

Rayyan merupakan anak tunggal Nana bersama arwah pelakon Faizal Yusof. – MYNEWSHUB.CC

Tags: nana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Tiada Apa Saya Harap Kecuali Kesihatan Baik”

03/07/2018
0

SIBUK... Siti Nordiana tidak ralat mengorbankan masa rehatnya sejak tiga tahun lalu memenuhi pelbagai tawaran, sebaliknya menikmati setiap detik berharga...

“Saya Tak Pernah Lewat Ke Lokasi…” – Siti Nordiana

09/05/2017
0

SEBELUM ini, juara program Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana pernah dikatakan mula 'demand' dengan meletakkan bayaran yang tinggi bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd