• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Hanez & Suami ‘Muncul’ Di Mahkamah Syariah?

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI SEBALIK kegembiraan dan kebahagiaan yang dikongsikan menerusi laman sosial oleh pelakon Hanez Suraya, timbul pula cerita yang kurang enak mengenai kisah rumah tangganya dengan suami, Romie Razin.

Menerusi perkongsian gambar di forum CARI, nama pelakon tersebut didakwa tersenarai dalam kes MAL di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Nama Hanez Suraya Dan Suami 'Muncul' Di Mahkamah Syariah?

Menurut laman sesawang Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, kes MAL merangkumi beberapa perkara dalam kekeluargaan Islam termasuklah tentang pembubaran keluarga.

Dalam surat tersebut, nama pasangan yang diijabkabulkan pada Mac 2015 tercatat bersama nama beberapa pasangan lain yang perlu menghadiri mahkamah hari ini pada jam 9 pagi untuk kes MAL.

Jelas sekali nama pasangan tersebut iaitu Hanez Suraya Abdul Aziz dan Romie Razin Adilha Abd Jais tercatat dalam surat berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian gambar surat tersebut jelas memberi kejutan kepada netizen kerana Hanez sebelum ini sering berkongsi gambar kebahagiaan mereka sekeluarga bersama anak, Putri Aleesya selain gambar percutian bersama.

Dakwaan berhubung pergolakan rumah tangga pelakon ini bukan yang pertama kali dilaporkan kerana sebelum ini pada Julai 2015 iaitu selepas empat bulan berkahwin Hanez enggan mengulas dakwaan rumah tangga mereka bermasalah.

Namun sehingga kini, Hanez masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hanez surayarumah tangga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

03/02/2025
0

JOHOR BAHRU: Perselisihan faham dalam rumah tangga, disyaki menjadi punca sebuah kereta Toyota Vios disimbah petrol sebelum dibakar dalam kejadian...

Mizz Nina Akui Rumah Tangga Dengan Noh Salleh Berakhir

Mizz Nina Akui Rumah Tangga Dengan Noh Salleh Berakhir

04/08/2022
0

Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu telah berakhir. Ikuti Mynewshub: Telegram Kenyataan itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd