• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Mahu Kedah Kekal Milik BN – Ahmad Bashah

oleh AK-47
16/01/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO Kedah bekerja keras supaya negeri ini terus kekal di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Najib memberitahu demikian pada pertemuan dengan kepimpinan UMNO Kedah termasuk Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di TH Hotel & Convention Centre di sini, hari ini.

“Amanat Perdana Menteri suruh kita (UMNO Kedah) bersiap sedia kerana `kerja yang lebih besar’ sudah pun dekat.

“Jadi, persiapannya semua peringkat parti kena turun bawah, kena turun ke Pusat Daerah Mengundi (PDM), masuk ke cawangan-cawangan dan memastikan untuk perkemas daftar pemilih untuk mendapat pengundi baharu,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Turut hadir pada pertemuan tertutup lebih sejam itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata dalam pertemuan itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut mengulang beberapa kali mengenai pilihan raya umum dan mahukan UMNO Kedah memberikan penekanan terhadap perkara itu.

“Siapa yang banyak mendapat undi maka dialah yang akan menang. Jadi perkara ini perlu diberi perhatian oleh anggota parti,” katanya.

Beliau berkata Najib turut menekankan tentang perpaduan dalam parti dan perlu bekerja secara berpasukan di semua peringkat.

“Yang penting, kita wajib pertahan kerusi yang ada baik di peringkat DUN dan Parlimen dan selain itu masa yang sama untuk menambah lagi kerusi.

“Ini adalah maruah kita untuk pertahankannya dan untuk memastikan parti bunga (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tidak mendapat tempat di negeri ini,” katanya.

Ahmad Bashah berkata beliau telah memberi laporan tentang sasaran UMNO Kedah untuk memperoleh dua pertiga undi pada pilihan raya umum kelak dan perdana menteri meminta mereka berusaha mencapai sasaran itu.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kini dalam rangka lawatan ke negeri ini sehingga esok. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md HanipahUMNO Kedah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Stadium Putra Kini Dikenali Axiata Arena

Next Post

JKKK Diberi Tugas Urus Projek Baik Pulih PPRT

Related Posts

Wang Milik UMNO Kedah, Habib Jewel Belum Dipulangkan

21/04/2020
0

WANG milik Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah (UMNO Kedah) dan Habib Jewel Sdn Bhd masing-masing berjumlah RM1.05 juta dan RM100,000,...

Kerajaan Rayu Kes Lucut Hak UMNO Kedah, Habib Jewels

26/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan pihak pendakwaan bagi melucut hak...

Next Post

JKKK Diberi Tugas Urus Projek Baik Pulih PPRT

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd