• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPK Roboh Tokong Menyerupai Kubah Masjid

oleh Ahmad Albab
31/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini merobohkan sebuah tokong kecil yang menyerupai kubah masjid di Bukit Raja, Klang dekat sini kerana dibina tanpa kebenaran majlis serta Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata MPK telah memberikan notis kepada pemilik tokong pada 24 Jan lepas supaya memindahkan atau membuka struktur binaan tokong tersebut, namun arahan itu tidak diendahkan.

“Pembinaan tokong ini dibuat atas tanah kerajaan dan MPK telah arahkan pemiliknya memindah atau robohkan binaan itu, pemilik juga berjanji untuk robohkan selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

“Namun sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil pemilik. Berikutan itu, MPK dengan kerjasama polis membantu pejabat daerah merobohkan kuil berkenaan pagi tadi.

“Tindakan diambil mengikut Akta Parit dan Bangunan 1974 kerana mendirikan bangunan atau struktur binaan tanpa kebenaran majlis,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, tokong kecil yang menyerupai kubah masjid itu menjadi tular di laman sosial dan mendapat kecaman masyarakat termasuk penduduk setempat.

Berikutan itu, mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik tokong berkenaan yang disifatkan biadap kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam. – BERNAMA

Tags: hina islamkubah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Budak Jatuh Dalam Periuk Air Panas Ketika Rewang

Next Post

Suami Isteri Dipenjara Dan Denda Atas Tuduhan Rasuah

Related Posts

Penghantar Makanan Hina Islam Dipenjara, Gagal Bayar Denda RM50,000

Penghantar Makanan Hina Islam Dipenjara, Gagal Bayar Denda RM50,000

21/07/2022
0

SEPANG – Seorang penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi...

Lelaki Hina Islam Akan Didakwa Esok

Lelaki Hina Islam Akan Didakwa Esok

20/07/2022
0

Kuala Lumpur : Penghantar makanan yang mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menghina Islam dalam video tular akan didakwa esok. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Suami Isteri Dipenjara Dan Denda Atas Tuduhan Rasuah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd