• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Monyet Ditampar Selepas Diumpan Dengan Makanan

oleh AK-47
29/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEEKOR monyet di Taman Mandore, Jodhpur, India menjadi mangsa kekejaman seorang pelancong lelaki apabila ditampar kejam di muka selepas mengumpannya dengan makanan.

Menerusi video yang dimuat naik ke laman YouTube, seorang lelaki berbaju biru yang tidak didedahkan identitinya dirakam menghulurkan tangannya ke arah seekor monyet yang bertenggek di atas pagar di dalam taman berkenaan sebelum menamparnya dan melarikan diri.

Jelas kedengaran beberapa rakan suspek tergelak melihat aksi monyet itu ditampar dan terjatuh ke tanah.

Tidak dapat diketahui apa sebab individu tersebut bertindak menampar monyet itu, sama ada memang suka-suka atau fikirannya terganggu.

Taman itu menarik ribuan pelancong kerana menempatkan tugu peringatan bekas pemerintah Jodhpur dikenali sebagai ‘dewals’.

Monyet Ditampar Selepas Diumpan Dengan Makanan

Monyet Ditampar Selepas Diumpan Dengan Makanan

“Video ini amat menyedihkan dan sangat zalim,” kata Kieran Harkin, Ketua Kempen Haiwan Liar Antarabangsa kepada portal berita Mail Online.

“Rakaman ini amat kejam dan sama sekali tidak wajar.”

“Malangnya, insiden seperti ini masih berlaku maka ia penting untuk menyebarkan mesej bahawa tingkah laku sebegini tidak boleh diterima dan tidak bertamadun.

“Kami juga menggesa platform dalam talian seperti YouTube untuk bertanggungjawab ke atas kandungan yang disiarkan di lamannya bagi mempastikan keganasan terhadap haiwan tidak dimuat naik sebagai satu bentuk hiburan,” jelasnya.

Tambah Harkin lagi, keganasan terhadap haiwan yang dianggap sebagai sesuatu yang lucu adalah sangat membimbangkan.

Manakala Philip Mansbridge, Pengarah Badan Kebajikan Haiwan Antarabangsa UK berkata: “Pelancong perlu memainkan peranan dalam melestarikan hidupan liar bukan menjadi sebahagian daripada kekejaman terhadap haiwan tersebut begitu juga dengan media sosial.”

Video tular itu bagaimanapun telah mencetuskan kemarahan netizen yang menontonnya dan rata-ratanya berharap individu lelaki tersebut dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ditamparmonyet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

30/10/2025
0

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam — Namun Dakwaan Jangkitan Penyakit Disangkal Oleh Mynewshub WASHINGTON,...

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua klip video tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki menyembur cat ke badan dan muka seekor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd