• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Food Flotilla For Myanmar Tunda Hingga 31 Januari

oleh AK-47
06/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Misi Food Flotilla for Myanmar anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang dijadualkan berlepas pada 10 Jan ini ditunda sehingga 31 Januari atas urusan diplomatik.

Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata penundaan tersebut dilakukan bagi menghormati perundangan dan kedaulatan kerajaan Myanmar untuk memberikan kelulusan kepada misi ini.

“Perjuangan kita adalah perjuangan kemanusiaan semata-mata, memberikan bantuan kepada Myanmar khususnya masyarakat Rohingya di wilayah Rakhine.

“Kita sangat berharap agar kerajaan Myanmar dapat memberikan kelulusan kepada misi ini. Sekiranya masih tiada kelulusan sehingga 31 Januari, kita akan teruskan misi dan menuju ke Teknaf, Bangladesh, bagi memberikan bantuan kepada pelarian Rohingya dari Maungdaw,” katanya pada sidang media misi tersebut di sini hari ini.

Menurut Abdul Azeez, KP1M sebelum ini pernah menghantar bantuan kemanusiaan ke Sittwe pada tahun 2012 dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada kerajaan Myanmar dan pasukan tentera mereka.

Katanya masalah urusan diplomatik yang timbul pada ketika ini merupakan salah faham kerajaan Myanmar yang mendakwa penganjur misi tidak menghantar permohonan melalui kerajaan Malaysia.

“Sebenarnya, kita telah menghantar permohonan kepada kerajaan Myanmar pada 12 Disember lalu melalui Wisma Putra. Namun sehingga hari ini, kita masih belum mendapat apa-apa keputusan,” jelasnya.

Abdul Azeez juga berkata 14 negara, antaranya Belanda, Perancis, Arab Saudi, Indonesia, United Kingdom dan Turki, telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Misi Food Flotilla for Myanmar.

Misi yang dijangka memakan masa selama 20 hari ini akan disertai 235 delegasi terdiri daripada sukarelawan tempatan dan antarabangsa serta petugas-petugas media. – BERNAMA

Tags: KP1MMapim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Lelaki Maut Dibunuh Abang Teman Wanita, Polis Tahan 5 Lagi

Resolusi UNSC Mengenai Gaza Gagal Tangani Isu Penting – Mapim

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) pada Isnin menzahirkan kekesalan bahawa Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza...

Pengusaha Gerai, Restoran Naikkan Harga Hingga 40% – MAPIM

Pengusaha Gerai, Restoran Naikkan Harga Hingga 40% – MAPIM

24/01/2023
0

Kuala Lumpur : Kadar harga makanan dan minuman yang dijual di gerai dan restoran terpaksa dinaikkan sehingga 10 hingga 40...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd