Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

“Abam Rendah Diri, Sebab...

SIAPA sangka, akhirnya pelawak terkenal Abam Bocey kini sudah mendirikan rumah tangga dengan...

Seniman Cadang Tapis Artis...

KONTROVERSI pelawak Najip Ali yang dilaporkan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Zahir Simpati Pada Ariana,...

TATKALA para peminat bintang pop Ariana Grande di seluruh dunia mengirimkan tribute kepada penyanyi itu di...

Sebuah Lapangan Terbang Akan...

KANGAR - Sebuah lapangan terbang akan dibina di negeri ini sebagai satu daripada...

Mia Ahmad Sah Bergelar Isteri Penjaga Gol JDT

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon jelita, Mia Ahmad yang telah pun sah bergelar isteri penjaga gol JDT iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.18 pagi tadi.

Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan di oleh jurunikah Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan Ahmad Baderi dalam majlis yang berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak.

Dalam majlis nikah itu, Mia menerima mas kahwin sebanyak RM2,000, tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki berbalas sembilan dulang. Sementara, wang hantaran pula tidak didedahkan.


Majlis penuh indah itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Peminat Mia turut boleh menyaksikan akad nikad sebentar tadi secara eksklusif menerusi ‘live streaming’ di portal tonton.com.my.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Taiping Golf & Country Club Perak pada Sabtu ini.

Manakala, majlis menyambut menantu akan diadakan di Terengganu pada Mac 2017. – MYNEWSHUB.CC

Kategori