• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menyamar Polis, Minta ‘Wang Jaminan’ Bebas Tahanan

oleh AK-47
16/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Taktik menyamar sebagai pegawai polis dan meminta wang jaminan daripada keluarga tahanan berjaya dikesan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas dua lelaki di tahan di Sepang dan Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 40 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan dalam urusan membebaskan tahanan polis dari lokap di IPD Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kedua-dua suspek menggunakan modus operandi dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dan menghubungi waris tahanan untuk meminta wang jaminan sejumlah RM50,000 untuk melepaskan tahanan.

Menurutnya, urusan ‘kaw tim’ itu dibuat susulan kes tahanan yang membabitkan kes dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Akibat terpedaya dan terdesak, keluarga tahanan telah membuat bayaran sejumlah RM43,050 secara berperingkat ke dalam satu akaun bank tetapi tahanan tidak juga di lepaskan.

“Kami percaya kegiatan penipuan ini di jalankan secara berkumpulan dan masih terdapat ahli kumpulan yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, polis masih menjalankan usaha bagi mengesan ahli kumpalan yang masih bebas.

Susulan penahanan tersebut, polis meminta orang ramai yang mengenai kedua-dua suspek untuk tampil membantu siasatan.

Suspek tersebut dikenali sebagai Premantharan Pillai A/L Vijayantharan dan Gobal A/L Raman.

“Maklumat boleh di salurkan terus kepada Insp Mohamad Azhari Bin Abd Aziz di talian 0162223903 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” katanya.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman hingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ditahanmenyamarpolisWang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd