• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Ramai Terpedaya Skim Penipuan Kewangan

oleh Ahmad Albab
13/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masih ramai rakyat di negara ini percaya dan terpedaya dengan skim penipuan kewangan meskipun pelbagai maklumat serta modus operandi terbabit didedahkan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, statistik Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan jumlah kes penipuan kewangan termasuk melibatkan kad kredit palsu meningkat lebih 50 peratus pada 2016.

“Daripada jumlah ini, penipuan yang berlaku menerusi telefon mencatat peratusan tertinggi, sebanyak 70 peratus iaitu lebih daripada dua kali ganda dari tahun sebelumnya,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kewangan 2017 anjuran BNM dengan kerjasama beberapa institusi kewangan di sini hari ini.

Beliau berkata, tahap celik kewangan dan keupayaan pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat yang dititikberatkan oleh kerajaan menjadi antara strategi utama dalam khidmat nasihat dan pendidikan kewangan.

“Antara inisiatif terkini adalah melalui penubuhan Jaringan Pendidikan Kewangan pada November 2016 untuk menyelaras dan memacu strategi pendidikan kewangan di peringkat kebangsaan.

“Usaha ini menggembleng kerjasama yang lebih erat antara agensi berkaitan seperti BNM, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit demi menyelaraskan inisiatif celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu Johari mahu amalan kepenggunaan terus diperkukuhkan memandangkan ia mampu memastikan para penyedia kewangan sentiasa memberi perhatian kepada kepentingan dan hak pengguna.

“Pengguna yang mempunyai asas ilmu kepenggunaan yang mantap akan dapat mempertahankan haknya jika penyedia perkhidmatan kewangan memeterai perjanjian yang tidak adil atau berat sebelah,” katanya.

Karnival Kewangan 2017 bertemakan Utamakan Keperluan Kewangan Anda berlangsung tiga hari bermula hari ini turut melibatkan penyampaian anugerah kepada institusi kewangan.

Antara anugerah itu ialah Anugerah Rangkuman Kewangan Terbaik yang dirangkul Bank Simpanan Nasional, Anugerah Inovasi Terbaik kepada Malayan Banking Bhd dan Anugerah Terbaik dalam Usaha Menyokong Pendidikan Kewangan diberikan kepada Prudential Assurance Malaysia Bhd. – BERNAMA

Tags: Penipuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

16/07/2024
3

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini belum menerima laporan berkaitan kes penipuan yang membabitkan teknologi kecerdasan buatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd