• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAS Berharap MH370 Akhirnya Akan Dapat Dikesan

oleh AK-47
19/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysian Airline System Berhad (Pentadbir Dilantik) atau MAS berharap maklumat baharu akan muncul yang akhirnya membawa kepada penemuan pesawat MH370 itu.

Ia sebagai respons kepada kenyataan tiga pihak yang dikeluarkan hari ini oleh kerajaan Malaysia, Australia dan China untuk mengumumkan bahawa pencarian di dasar laut bagi pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu telah digantung.

“MAS tetap berharap bahawa dalam masa terdekat, maklumat baharu dan penting akan diperoleh dan pesawat itu akhirnya akan ditemukan,” kata MAS menerusi satu kenyataan.

MAS berkata syarikat itu patuh kepada keputusan ketiga-tiga kerajaan untuk menggantung pencarian itu, yang digambarkannya sebagai satu usaha yang teliti dan menyeluruh, merangkumi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

“Kami berkongsi kesedihan bahawa pencarian itu tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan semua,” kata syarikat itu, berhubung tragedi 8 Mac 2014 yang berlaku ketika pesawat itu dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

MAS melahirkan penghargaan kepada kerajaan dan pihak yang terlibat dalam pencarian itu, terutamanya Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, yang mengetuai misi itu selama hampir tiga tahun.

“Syarikat penerbangan itu menghargai usaha gigih dalam mencari MH370 oleh begitu banyak insan yang amat cekal dari seluruh dunia.

“Ingatan dan doa kami kepada mereka yang terkesan oleh tragedi ini. Kita kehilangan sebahagian daripada keluarga kita dan mereka akan dikenang buat selama-lamanya,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: MASMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

20/12/2024
0

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) untuk meneruskan pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd