• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Bunga Api Terpaksa Lupakan Persekolahan Esok

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang mangsa letupan bunga api pada sambutan ambang tahun baharu terpaksa melupakan hari pertama persekolahan 2017 esok kerana kecederaannya masih belum pulih.

Muhamad Adib Fakri Mohd Fareed, 10, yang bakal memasuki tahun empat Sekolah Kebangsaan Telok Gadong di sini melecur teruk di kaki akibat terkena percikan api dalam insiden di padang Kompleks Sukan Pandamaran, di sini.

“Sedih jugalah, barang sekolah semua dah siap tapi doktor kata duduk rumah dulu sebab kaki sakit,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Delek di sini hari ini.

Selain Muhamad Adib Fakri, turut cedera dalam insiden itu adalah abangnya Muhamad Fareez Adam, 12, yang cedera di punggung dan bapanya, Mohd Fareed Mustamam, 37.

Mereka adalah antara 14 orang yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Persembahan bunga api itu merupakan acara kemuncak Fiesta Gegar Klang yang dianjurkan Majlis Perbandaran Klang bermula dari Jumaat lepas sehingga semalam.

Sementara itu, Mohd Fareed berkata beliau berharap insiden sama tidak berulang pada sambutan tahun baharu yang akan datang.

Katanya semua langkah keselamatan untuk pengunjung dan peralatan bunga api perlu diberi perhatian serius bagi mengelak insiden yang sama daripada berlaku.

“Saya hanya cedera di tangan kiri akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK), Adi Faizal Ahmad Tarmizi meluangkan masa melawat mereka. – BERNAMA

Tags: bunga apiletupan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemilik Rugi RM300,000 Selepas Rumah Rakit Terbakar

Next Post

Guru Panik Dipindahkan Dengan Traktor Dalam Banjir

Related Posts

Selepas 10 Hari Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Kekal Misteri

Selepas 10 Hari Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Kekal Misteri

27/06/2025
0

IPOH - Tiada sebarang jawapan spesifik ditemui berhubung punca bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di beberapa kawasan sekitar daerah...

5 Maut, 13 Cedera Letupan Di Gedung Beli-Belah

5 Maut, 13 Cedera Letupan Di Gedung Beli-Belah

13/02/2025
0

TAIPEI - Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13...

Next Post

Guru Panik Dipindahkan Dengan Traktor Dalam Banjir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd