• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kelantan Tambah Kepada 10,041 Orang

oleh Ahmad Albab
04/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus bertambah kepada 10,041 orang daripada 3,334 keluarga setakat 1 tengah hari ini berbanding 8,640 orang daripada 2,808 keluarga pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Hussin berkata 74 pusat pemindahan dibuka di lapan jajahan di negeri ini bagi menempatkan kesemua mangsa terbabit.

Jajahan Pasir Mas mempunyai bilangan mangsa terkini paling ramai iaitu 6,564 orang daripada 2,443 keluarga, yang ditempatkan di 33 pusat pemindahan.

Seramai 738 orang (153 keluarga) ditempatkan di sembilan pusat pemindahan di Kuala Krai, 588 orang (164 keluarga) di sembilan pusat pemindahan di Machang, 599 orang (153 keluarga) di enam pusat pemindahan di Kota Bharu dan 500 orang (122 keluarga) di 10 pusat pemindahan di Tanah Merah.

Sebanyak 107 orang (27 keluarga) ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Bachok, 549 orang (156 keluarga) di empat pusat pemindahan di Pasir Puteh dan 396 orang (116 keluarga) di dua pusat pemindahan di Tumpat, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zainuddin berkata kesemua pusat pemindahan di jajahan Jeli telah ditutup pukul 11 pagi tadi berikutan keadaan banjir sudah pulih.

Dalam pada itu, paras air di dua sungai utama di Kelantan menurun namun masih melepasi paras bahaya setakat 12 tengah hari ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my.

Dua sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Kelantan dengan bacaan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah 17.20 meter (m) berbanding 17.65m pagi tadi(paras bahaya 16m) manakala paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang 10.37m berbanding 10.39m pagi tadi (paras bahaya 9m).

Bagaimanapun, Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai mencatatkan penurunan pada paras 22.18m berbanding 22.84m pagi tadi (paras bahaya 25m).

Paras air Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang pula susut kepada 28.79m berbanding 29.67m pagi tadi (paras bahaya 35m) dan Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai pula surut kepada paras normal iaitu 31.77m berbanding 32.26m pagi tadi (paras bahaya 38m). – BERNAMA

Tags: Kelantanmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd