• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Binatang Dera Pekerja Dah ‘Kena Kutip’

oleh Ahmad Albab
16/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Majikan yang didakwa mendera pekerjanya dipercayai menggunakan objek tumpul dan pemetik api di Johor Jaya, sudah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan berkata, peniaga lelaki berusia 36 tahun yang juga kenalan mangsa ditahan polis di Taman Johor Jaya, pada 1.40 tengah hari, 12 Januari lalu.

Menurutnya, tangkapan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam berhubung tular gambar seorang lelaki yang didakwa dipukul majikannya.

“Peniaga peralatan pewangi kenderaan itu ditahan bagi membantu siasatan kes kecederaan dialami Nur Firdaus Ibrahim, 21.

“Selain itu, kami merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan mangsa.

“Suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tiga hari,” katanya.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine namun tiada rekod jenayah lampau.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dengan senjata di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat. – myMetro Online

Tags: Kes deramajikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

15/05/2024
0

SHAH ALAM - Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk mendaftar dan mencarum pekerja mereka secara sukarela dengan Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd