• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Bebas Tuduhan Guru Bocor Soalan UPSR

oleh Ahmad Albab
18/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini melepas dan membebaskan seorang guru daripada tiga pertuduhan memiliki beberapa muka surat kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

K. Anparasu, 52, sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Keruh, Pengkalan Hulu dilepas dan dibebaskan selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan serta hujah 16 saksi pendakwaan dan pihak pembelaan dalam kes berkenaan.

Keputusan kes dibacakan Hakim Niran Tan Kran, manakala tertuduh diwakili peguam T. Ellanggovan, sementara pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd Yusof.

Hakim Niran Tan Kran ketika membacakan keputusan kes itu berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie dalam kes berkenaan dan mengarahkan barang kes termasuk telefon bimbit dikembalikan kepada Anparasu.

Anparasu dituduh memiliki beberapa muka surat kertas soalan Matematik 035/1 dan Matematik 035/2 dalam telefon bimbit jenis Samsung Trend miliknya di sekolah sama pada 9 Sept 2014 masing-masing pada 9.43 pagi dan 8.29 pagi.

Selain itu, dia juga dituduh memiliki beberapa muka surat kertas soalan Sains 018, juga di dalam telefon bimbit dan di sekolah sama pada 10 Sept 2014, 9.15 pagi.

Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam T. Ellanggovan sementara pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd Yusof. – BERNAMA

Tags: GuruSOALAN BOCOR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Disangka Perompak, Ibu Tikam Anak Hingga Usus Terburai

Next Post

Ingatkan Dah Mati, Rupanya Tidur ‘Mati’

Related Posts

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

Next Post

Ingatkan Dah Mati, Rupanya Tidur 'Mati'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd