• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPT2 Mohon Maaf Isu Papan Tanda “Tandas Muslimin”

oleh Ahmad Albab
11/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LPT2 Sdn. Bhd. memohon maaf berhubung kekeliruan yang timbul dalam kalangan pengguna susulan pemasangan papan tanda “Tandas Muslimin” di Rehat dan Rawat (R&R), baru-baru ini.

Syarikat pengendali Lebuh Raya Pantai Timur 2 itu menerusi kenyatannya berkata, kekeliruan timbul apabila papan tanda tersebut dipasang di R&R BUkit Besi (arah Selatan) bagi menggantikan papan tanda yang telah rosak.

Bagaimanapun jelasnya, kontraktor yang dilantik untuk menyelenggara dan menggantikan papan tanda tersebut tidak merujuk kepada LPT2 Sdn Bhd sebelum kerja-kerja pemasanan dilakukan.

“Sehubungan itu, LPT2 mengucapkan rasa terima kasih terhadap keprihatinan orang ramai untuk melaporkan perkara tersebut dan berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan dari masa ke semasa.

Baca: Keling Dan Kumang – MAHB Sibu Minta Maaf

“LPT2 memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran pemasangan papan tanda gantian tersebut dan akan terus melakukan pemantauan agar perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa akan datang,” jelas kenyataan itu.

Sebagai maklumat, papan tanda tersebut telah diturunkan serta-merta selepas pihak LPT2 dihubungi portal berita tempatan mStar Online pada Selasa.

Isu tersebut timbul apabila gambar papan tanda bertulis “Tandas Muslimin” tersebar dalam aplikasi mesej, WhatsApp dan mengundang kekeliruan ramai pihak tentang penggunaan papan tanda tersebut yang didakwa dipasang di tandas awam kawasan RnR di bawah kendalian LPT.

Segelintir pengguna mempersoalkan penggunaan papan tanda itu seolah-olah dikhaskan untuk orang Islam sahaja sedangkan Malaysia didiami oleh masyarakat berbilang agama.

Kebiasaannya, penggunaan papan tanda “Tandas Muslimin” dipasang di tandas dalam kawasan masjid atau surau sebagai membezakan kemudahan antara pengguna lelaki dan wanita. – mStar Online

Tags: LPT2tandas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Wanita Thailand Ditemui Berlumuran Darah Dalam Tandas Di Kompleks Beli-belah

Mayat Wanita Thailand Ditemui Berlumuran Darah Dalam Tandas Di Kompleks Beli-belah

20/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Mayat seorang wanita warga Thailand ditemui berlumuran darah dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di bandar raya ini semalam....

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd