• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liow Bertemu Waris Penumpang MH370 Di Perth

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau akan bertemu waris penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 di Perth pada Isnin (hari ini) selepas hasrat pertemuan itu dilobi satu kumpulan yang mewakili ahli keluarga mangsa pesawat yang hilang pada Mac 2014 itu.

Ahad lalu, wakil Kumpulan Voice370, Danica Weeks berkata pihaknya akan menyampaikan beberapa pucuk surat peribadi kepada Liow untuk meneruskan carian selepas usaha tersebut dihentikan minggu lepas.

“Saya menerima surat mereka hari ini (Isnin), saya akan bertemu Weeks dan kami berharap perbincangan ini berjalan lancar,” katanya kepada wartawan di Perth.

Baca: Bapa Harap Ihsan Pencarian MH370 Disambung Semula

Pesawat Boeing 777 hilang pada 8 Mac 2014 dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur dengan membawa 239 penumpang serta anak kapal terus menjadi misteri paling besar di dunia.

Usaha carian membabitkan kawasan seluas 120,000km persegi telah ditangguhkan selepas kapal carian terakhir menamatkan misi minggu lalu.

Menurut Liow, usaha mencari pesawat malang itu hanya akan diteruskan selepas mendapat bukti yang boleh dipercayai.- Agensi

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd