Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Hutang Isi Rumah Di...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hutang isi rumah di Malaysia...

PRK PENGKALAN KUBOR: Wan...

TUMPAT, 11 Sept (Bernama) : PAS mengumumkan Setiausaha Kawasan Tumpat Wan Rosdi Wan...

Sultan Selangor Perkenan Azmin...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan bagi...

Video: Bayi Berusia 2...

SEORANG ibu hanya mampu menangis selepas melihat rakaman video menunjukkan anaknya yang baru...

`Letup Rumah Putih’ Hanya Kiasan – Madonna

WASHINGTON – Bintang pop, Madonna, mendakwa kenyataan ‘meletupkan Rumah Putih’ yang diucapkan pada perarakan wanita, di sini, hanya kiasan.

Ucapan Madonna yang dikritik hebat di media sosial memaksa beberapa rangkaian televisyen menghentikan siaran langsung perarakan itu.

Perarakan itu disertai ratusan ribu penunjuk perasaan bagi membantah pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

“Saya bukan seorang yang ganas. Kata-kata itu hanyalah sekadar kiasan dan saya berkongsi cara melihat sesuatu.

“Satu dengan penuh harapan, manakala satu lagi dengan rasa kemarahan, iaitu apa yang saya sedang rasakan,” kata penyanyi itu di Instagram.


Ucapan penyanyi berusia 58 tahun itu turut disiarkan di Youtube. Beberapa penonton menggelar penyanyi itu sebagai ‘jahat’ dan mendesak beliau disiasat kerana mengeluarkan ancaman keganasan.

Lebih lima juta penunjuk perasaan berarak di seluruh dunia, dengan jumlah yang membanjiri ibu negara AS melebihi jumlah 200,000 penyertaan yang diramalkan pihak penganjur. – REUTERS/BH ONLINE

Kategori