• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cedera Terkena Tembakan Rakan Ketika Berburu

oleh Ahmad Albab
03/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Seorang lelaki cedera di perut selepas terkena tembakan yang dilepaskan rakannya ketika memburu babi di sebuah kebun getah di Peradong, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Othman Basri berkata dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 50 tahun memasuki kebun itu bersama-sama dua orang rakannya.

“Semasa sedang berburu, mereka ternampak seekor babi lalu mangsa telah melepaskan tembakan pertama menggunakan senapang patah tetapi tidak mengenai babi tersebut.

“Rakan mangsa cuba menembak haiwan tersebut ketika ia lari melintasi mereka tetapi tembakannya terkena perut mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Othman berkata senapang patah yang digunakan mangsa dan rakannya mempunyai lesen atau permit yang sah.

“Siasatan polis mendapati semasa rakan mangsa melepaskan tembakan, peluru tersebut mungkin terkena pokok atau batu dan sebutir daripada ‘ball bearing’ terkena perut mangsa,” katanya.

Mangsa dihantar ke Hospital Jelebu untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban bagi mengeluarkan peluru itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjatapi 1960.

Dalam perkembangan lain, Othman berkata polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an kerana menyamar sebagai pegawai Imigresen.

Beliau berkata dalam kejadian di Jalan Kampung Chenerak, Triang, dekat sini Jumaat lepas, suspek menyamar sebagai pegawai Imigresen sebelum menyamun wang tunai RM200 daripada seorang penoreh getah warga Indonesia.

“Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, suspek yang menunggang motosikal Honda EX5, telah menahan mangsa yang baru pulang dari menoreh getah dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai Imigresen.

“Suspek meminta mangsa menyerahkan dompet untuk diperiksa sebelum bertindak mengambil kesemua wangnya di dalam dompet itu dan melarikan diri,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. – BERNAMA

Tags: Berburutembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

24/07/2025
0

KOTA BHARU: "Kami sentiasa rindukan mummy sejak tiga tahun lalu dan sentiasa berdoa supaya orang yang membunuh mummy ditahan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd