• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 100,000 Pemilik Kebun Getah Belum Miliki Kad PAT-G

oleh AK-47
10/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Lebih 100,000 pemilik dan pengusaha kebun getah di seluruh negara masih belum berdaftar dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi memiliki kad khas Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G).

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata pendaftaran itu penting bagi membolehkan mereka menikmati program Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang dilaksanakan kerajaan bagi meringankan beban mereka ketika harga getah dunia lebih rendah daripada harga lantai yang ditetapkan.

“Pada tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM63 juta untuk insentif itu kepada semua pekebun kecil getah di seluruh negara.

“Pada tahun ini pula, RM250 juta telah diperuntukkan kerajaan untuk pelaksanaan pembelian harga lantai kepada pekebun kecil getah yang mempunyai kad PAT-G tersebut…kerana itu kami mahu mereka mendaftar dengan LGM untuk mendapat kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan banjir LGM dan Program Sembang Getah di warung Kampung Tok Lawit di sini, hari ini.

Lima puluh pekebun kecil getah dari tiga kampung di daerah itu menerima bantuan RM300 sekali sahaja, bagi seorang.

Mengulas lanjut beliau berkata setakat ini seramai 349,132 pemilik dan pengusaha kebun getah telah berbuat demikian dan mereka menikmati insentif IPG tahun lepas.

Untuk rekod, pekebun kecil akan menikmati manfaat program IPG apabila harga getah SMR20 turun lebih rendah daripada RM5.50 sekilogram dan harga getah beku mangkuk menurun lebih rendah daripada RM2.20 sekilogram. – BERNAMA

Tags: Kebun GetahPAT-G
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RISDA Sarawak Terima RM20.7 Juta Tanam Getah

25/03/2018
0

SELANGAU – RISDA Negeri Sarawak menerima peruntukan berjumlah RM20.7 juta untuk matlamat Tanam Semula Getah ke Getah Semasa seluas 2,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd