• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laut Bergelora SAR 3 Warga Indonesia Hilang Sukar

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANTUBONG – Keadaan laut bergelora serta angin kencang menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pekerja warga Indonesia yang hilang dihanyutkan ombak di Pantai Damai Puri di sini, tengah hari semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata operasi yang disambung pagi tadi menyaksikan bot yang digunakan penyelamat terpaksa berpatah balik ke pangkalan kerana laut bergelora pada tengah hari.

Beliau berkata operasi pencarian diteruskan oleh pasukan SAR menggunakan kaedah pencarian di permukaan di sekitar pesisir pantai dengan dibantu pasukan berkayak Damai Resort seramai lapan orang.

“Mereka membuat pencarian sekitar jarak 100 meter dari kawasan pantai di mana lokasi terakhir mangsa dikhuatiri lemas ketika berkelah bersama rakan di pantai berkenaan,” katanya.

Farhan berkata ombak besar serta bergelora pada ketinggian lima meter serta angin kencang di kawasan pencarian menyukarkan kerja mencari dan menyelamat.

Katanya agensi lain termasuk Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pengawal pantai masih belum bersedia bertolak dari pangkalan disebabkan keadaan cuaca dan laut yang tidak mengizinkan.

“Air pasang mula naik pada pukul 1 tengah hari dan dijangkakan pasang penuh pada 6.56 petang ini pada ketinggian 5.9 meter,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMHILANGlemaswarga indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui di...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd