• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kucing Miliki Kuasa Psikik Dijual RM370k Kepada Bomoh

oleh AK-47
29/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEEKOR kucing didakwa mempunyai kuasa ‘psikik’ dijual kepada seorang bomoh atau ‘ahli sihir’ dengan harga £67,000 (RM370,000).

Pemilik kucing itu; Dmitry R dari Blagoveshchensk, Rusia memberitahu kepada sebuah laman bahawa haiwan peliharaannya yang bernama Charles Utkins itu diwarisi daripada mak ciknya.

Ia mampu melepaskan diri dari kandangnya sendiri malah boleh membaca minda serta merangsang fikirannya (Dmitry).

“Pintu bilik tertutup, dan kucing itu dikurung di tempat lain. Tiba-tiba ianya muncul di dalam bilik dari belakang pintu yang tertutup, biarpun tiada siapa yang melepaskannya.

“Charles juga boleh membaca fikiran, tapi lebih teruk lagi, dia boleh merangsang fikiran dan kesemua yang ada di fikiran akan tertunai malah ianya sukar untuk ditolak.”

Kucing Miliki Kuasa Psikik Dijual RM370k Kepada Bomoh

Kucing Miliki Kuasa Psikik Dijual RM370k Kepada Bomoh

Tambah Dmitry lagi, dia seorang yang tidak percaya kepada perkara-perkara pelik atau ghaib tapi Charles mampu menjadikan hal itu sebaliknya.

“Sebagai contoh, saya tak makan ikan langsung malah tak gemarkannya atau sosej.

“Tapi Charles akan buatkan saya bangun jam 5 pagi dengan kemahuan yang kuat untuk makan ikan atau sosej.

“Saya kemudian terpaksa pergi ke kedai untuk membelinya dan berikan kepadanya (Charles).

“Apabila Charles mula makan makanan itu (sosej dan ikan), rasa lapar saya tiba-tiba hilang,” jelasnya.

Selain itu, Charles juga menyebabkan rumah tangganya tegang di mana isterinya berasa tidak senang dengan situasi ‘membaca fikiran’.

Walau bagaimanapun, kelebihan Charles telah menarik perhatian seorang ‘ahli sihir’ yang tinggal sejauh 3,218 kilometer dari kediaman itu dan menawarkan untuk membelinya dengan harga £67,000 (RM370,000).

Menurut Dmitry kepada The Siberian Times, dia tidak boleh mendedahkan identiti pemilik baharu Charles kerana ‘ahli sihir’ itu tidak gemarkan wartawan namun hanya memberikan gambaran kasar tentang wanita tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan tentang wanita itu adalah dia seorang yang agak muda, kemas, berambut perang dan mengayakan pakaian mahal.

“Dia sangat anggun. Wanita itu akan mengembara bersama Charles ke Novosibirsk dan kami telah membuat pasport veterinar khas buat Charles,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kucingpsikik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd