Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Mentaliti Pengguna Harus Berubah...

KUALA LUMPUR - Serbuan oleh pihak berkuasa semata-mata tidak memadai bagi memerangi masalah...

Polis Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU - Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan...

Pengundi Muda Perlu Tahu...

BANGI – Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menegaskan...

Syatilla Sindir Fazura Sebab...

BARU-BARU ini menerusi program realiti TV 'Facing Up To Fazura (FUTF)' pelakon Nur Fazura telah...

Kucing Ini Sensasi Gara-Gara Videonya Luncur Salji

SEEKOR kucing bernama Weston sensasi di Internet apabila aksinya bersama-sama pemiliknya meluncur salji dimuat naik ke laman penstriman video YouTube mendapat perhatian ramai.

Weston dan seekor lagi kucing iaitu Ellinore sering bersama-sama tuannya, James Smith dan isteri melakukan aktiviti lasak.

Smith merupakan seorang jurugambar memberitahu bahawa dia dan isterinya; Ashley mula memelihara kedua-dua haiwan itu sejak tahun lalu dan merancang untuk membawanya bersiar-siar.

Kucing Ini Sensasi Gara-Gara Videonya Luncur Salji
Weston (kiri) dan Ellinore (kanan).

“Pada pertama kali kami mendapatkannya, kami mahu membawanya bersiar-siar dan melakukan apa sahaja aktiviti,” ujar Smith.

Menerusi video yang dimuat naik ke laman YouTube, Weston dilihat bertenggek pada bahu Smith dan meluncur menuruni cerun bersalji.

Tidak seperti kucing-kucing lain, Weston kelihatan cool dan teruja dengan aktiviti lasak tersebut.


Video yang dimuat naik pada 13 Januari itu telah ditonton lebih 1.7 juta oleh pengguna laman sesawang.

Selain meluncur, Weston dan Ellinore difahamkan gemar melakukan aktiviti lasak yang lain seperti memanjat pokok malah aktiviti yang dilakukan itu turut dimuat naik ke laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC

Kategori