Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Waspada Bahaya Fitnah, Pembohongan...

KANGAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengingatkan rakyat supaya sentiasa...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Eksekutif Rugi RM8,000 Diperdaya...

MIRI - Seorang eksekutif pengurusan syarikat di sini kerugian RM8,000 ditipu seorang lelaki...

Ketua Penceroboh Lahad Datu...

MELAKAR titik hitam dalam sejarah negara, tragedi pencerobohan Lahad Datu yang berlaku pada tahun...

Ku Nan Yakin BN Sarawak Kuat Di Bawah Abang Jo

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yakin BN Sarawak akan bertambah kuat dan maju di bawah kepimpinan Ketua Menteri baharu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Tengku Adnan berkata beliau juga percaya Abang Johari akan meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Abang Johari dan saya percaya beliau dapat melaksanakan apa yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Adenan.

“Saya juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Adenan dan saya hanya boleh mendoakan semoga roh kawan baik saya itu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Ping Pong Putrajaya, di sini hari ini.

Abang Johari atau lebih mesra dengan panggilan Abang Jo dilantik sebagai Ketua Menteri baharu Sarawak menggantikan Adenan yang meninggal dunia Rabu lepas.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi ketua negeri di Kuching, Sarawak pada 4.10 petang semalam.


Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata BN juga telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu berikutan kematian Adenan yang merupakan penyandang kerusi.

“Kita sedang menunggu apa yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. BN pusat dan negeri telah bersedia untuk PRK jika diadakan,” katanya.

Allahyarham Adenan yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, mempertahankan DUN Tanjong Datu dengan majoriti 5,892 undi mengatasi calon Parti Keadilan Rakyat Jazokipli Numan pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11, Mei tahun lepas. – BERNAMA

Kategori