• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KSN Buat Lawatan Mengejut Ke Tiga Buah Sekolah

oleh Ahmad Albab
19/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini melakukan lawatan mengejut ke tiga buah sekolah di sini untuk meninjau hal berkaitan kebajikan dan keadaan infrastruktur sekolah berkenaan.

Beliau mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Fletcher, SMK Puteri Titiwangsa dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa, Jalan Pahang untuk mendapat maklum balas daripada guru dan murid.

Merumuskan tinjauan itu, Dr Ali ternyata berpuas hati dengan keadaan sekolah yang terurus baik serta dedikasi para guru.

“Ia diuruskan dengan baik, cuma ada keperluan jangka panjang seperti di sekolah SJKT Fletcher yang memerlukan kemudahan dewan sekolah namun tanahnya agak terhad.

“Satu daripada bangunan asal sekolah itu diperbuat daripada kayu mempunyai masalah anai-anai. Penambahbaikan akan dilakukan segera bagi mengatasi masalah itu,” katanya kepada Bernama selepas melawat SJKC Chong Hwa di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof.

Beliau berkata masalah kekurangan guru pendidikan khas di sekolah itu akan turut dibawa kepada Kementerian Pendidikan bagi mencari jalan untuk menambah tenaga pengajar.

Ali berkata pihaknya akan mengambil tindakan segera mengenai kerosakan infrastruktur SJKC Chong Hwa akibat kerja pembangunan kondominium di kawasan berhampiran dan masalah laluan keluar masuk kawasan sekolah yang berdekatan dengan sebuah kedutaan yang baru dibuka awal tahun ini.

Beliau turut berpuas hati dengan program yang dijalankan di ketiga-tiga buah sekolah berkenaan termasuk program STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di SMK Puteri Titiwangsa, kelolaan British Council dengan Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

“Wakil British Council dari Britain kagum dengan standard murid sekolah kita. Dari segi inovasi dan kreativiti, kita setara dengan tahap antarabangsa,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: Ali Hamsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Allahyarham Ali Hamsa Diberi Penghormatan Terakhir

25/04/2022
0

PUTRAJAYA : Lebih 500 orang hadir ke Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bagi...

Jenazah Allahyarham Ali Hamsa Dibawa Pulang Isnin Ini

23/04/2022
0

PUTRAJAYA : Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia bagi penghormatan terakhir dan dikebumikan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd