• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koperal Dicederakan Lelaki Bawa Dadah

oleh Ahmad Albab
27/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang anggota polis mengalami luka dan bengkak pada kaki kanan selepas ditolak dua lelaki yang cuba melarikan diri ketika ditahan di Kubang Semang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, Kpl Muhamad Zahir Misadi dan tiga lagi anggota sedang menjalankan rondaan cegah jenayah bermotosikal di kawasan itu sebelum ternampak dua lelaki mencurigakan dan mengarahkan mereka berhenti.

“Namun semasa hendak menjalankan pemeriksaan, penunggang motosikal itu membuang sebuah beg kecil di tepi tali air dan sebaik menyedari tindakannya diperhati polis, dia cuba melarikan diri,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika cuba melarikan diri, lelaki itu telah menolak motosikal ditunggang Muhamad Zahar hingga menyebabkannya terjatuh dan mengalami kecederaan.

Katanya tiga lagi anggota bertindak mengejar kedua-dua lelaki itu sebelum mereka berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian dan menurutnya pemeriksaan menemukan dua paket kecil dadah jenis syabu dan heroin di dalam beg kecil yang dibuang itu.

“Dua lelaki itu masing-masing berumur 40 tahun juga positif dadah dan direman untuk siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: anggota polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd