• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertembak Diri Sendiri, Koperal Cedera Di Paha

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang koperal cedera di bahagian paha kiri setelah dipercayai tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini, pada Ahad malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sungai Siput Utara Perak DSP A. Pamnaswaran berkata dalam kejadian kira-kira 10.20 malam itu, mangsa Murli Farzizi Zakaria, 34, sedang bertugas di cawangan unit kereta peronda (MPV) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di IPD berkenaan.

“Mangsa sebelum ini dihantar ke hospital Sungai Siput dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa mengalami kecederaan luka di paha dan betis kiri serta patah jari telunjuk kiri. Mangsa mengalami pendarahan teruk dan telah dipindahkan ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Pamnaswaran, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di unit rawatan rapi HRPB. – BERNAMA

Tags: polistembak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hasrat Faiz Swafoto Bersama Ronaldo Tercapai

Next Post

FIFA Puskas: Kedah Nak Raikan Kejayaan Faiz Subri

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

FIFA Puskas: Kedah Nak Raikan Kejayaan Faiz Subri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd