• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Samad Didenda RM2,900 Mengajar Tanpa Tauliah

oleh Ahmad Albab
19/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad didenda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini selepas didapati bersalah mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah surau di Klang, enam tahun lepas.

Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim turut memerintahkan Khalid, 60, yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara dipenjara tiga bulan jika dia gagal membayar denda.

Beliau membayar denda.

Berikutan keputusan mahkamah itu, Khalid berkemungkinan hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen mengikut Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau bagaimanapun akan memfailkan rayuan berhubung sabitan dan hukuman ke atasnya esok.

Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang Anggota Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

Mohd Hairuddin menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil kira usia Khalid, penyakit jantung yang dihidapi dan aktiviti kebajikan yang banyak dilakukan beliau untuk masyarakat.

Hakim Syarie itu juga berkata hukuman ke atas Khalid adalah bersifat pengajaran kepada Anggota Parlimen berkenaan dan masyarakat supaya tidak mengulanginya pada masa depan.

Mohd Hairuddin berkata hukuman yang dijatuhkan turut mengambil kira sabitan tertuduh bukan dibuat daripada pengakuan bersalahnya tetapi hasil perbicaraan selain mengambil kira prosiding kes itu mengambil masa lama menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos.

Khalid didakwa melakukan kesalahan itu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, di sini antara 10 malam dan 11.50 malam pada 16 Ogos 2011.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukur Abdul Hamid dan Muhamad Rafizam Ahmad Supian sementara Khalid diwakili peguam syarie Dr Zulqarnain Lukman.

Seramai empat saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Zulqarnain ketika ditemui berkata, kes itu adalah yang pertama melibatkan Anggota Parlimen di Mahkamah Syariah yang dikenakan denda melebihi RM2,000.

Sementara itu, mengulas mengenai kedudukannya sebagai anggota Parlimen, Khalid memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa beliau tidak pasti sama ada Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan terpakai untuk kes di Mahkamah Syariah.

“Jika diikutkan Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Anggota Parlimen dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau denda melebihi RM2,000 akan hilang kelayakan.

“Sama ada kelayakan saya sebagai Anggota Parlimen akan hilang atau sebaliknya, perlu tunggu mahkamah tertinggi membuat keputusan,” katanya. – BERNAMA

Tags: dendaKhalid Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd