• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Perlu RM27 Juta Tahun Ini – Presiden KFA

oleh AK-47
13/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memerlukan sebanyak RM27 juta bagi membiayai operasi persatuan itu tahun ini, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah berkata perbelanjaan itu meliputi keseluruhan operasi yang melibatkan pasukan utama bola sepak negeri, antaranya Piala Belia, Piala Presiden dan Piala Liga Super 2017, selain bagi tujuan pembangunan dan latihan.

“Bagaimanapun ianya hanya bajet awal, kita akan kawal perbelanjaan secara berhemat dan pastikan perbelanjaan kita di bawah RM27 juta,” katanya pada majlis memperkenalkan penaja dan pasukan KFA 2017 di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah turut mengalu-alukan syarikat swasta untuk tampil menjadi penyumbang kepada KFA bagi memastikan kecemerlangan prestasi Juara Piala Malaysia 2016 itu dapat dikekalkan.

Setakat ini katanya syarikat berkaitan kerajaan negeri, Bina Darulaman Berhad dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) merupakan antara penyumbang terbesar pasukan itu iaitu masing-masing RM12 juta dan RM3 juta, selain Syarikat Air Darulaman Sdn Berhad yang menyumbang RM2 juta.

Dalam pada itu, KFA katanya telah melengkapkan kuota empat pemain import apabila sah mengikat Zachary Anderson dari Australia yang akan bermain di bahagian pertahanan dan Ken Larsen dari Denmark sebagai penyerang bagi menghadapi Liga Super 2017.

Dua lagi pemain import lama, Sandro Da Silva dari Brazil dan Liridon Krasniqi dari Kosovo dikekalkan.

Ahmad Bashah berkata, Kedah berhasrat mengekalkan gelaran juara Piala Malaysia yang disandang tahun lalu dan berharap agar kesemua pemain bermain bersungguh-sungguh dan tidak leka dengan kemenangan yang dicapai ketika ini.

Dalam majlis itu, Kedah memperkenalkan 26 pemain skuad Liga Super 2017, termasuk dua pemain tempatan baru iaitu Mohd Fitri Omar dari Pulau Pinang dan Muhamad Akram Mahinan yang bermain dengan JDT sebelum ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md HanipahKFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemilihan Abang Johari Berdasarkan Perlembangan Negeri

Next Post

Air Timor Dulu Untung Kini Muflis Akibat Sriwijaya Air

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Lapor SPRM Jika Wujud Penyelewengan Kewangan Dalam KFA

08/10/2018
0

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati wujudnya penyelewengan...

Next Post

Air Timor Dulu Untung Kini Muflis Akibat Sriwijaya Air

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd