• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pengawal Tembak 5 Individu Disebut Semula 22 Mac

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kes pengawal peribadi yang didakwa atas lima pertuduhan cubaan membunuh dengan menembak lima individu menggunakan sepucuk senjata api di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini akan disebut semula pada 22 Mac depan.

Hakim Mahkamah Sesyen 1, Roslan Hamid menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Idris memohon tarikh sebutan baharu berikutan laporan perubatan mangsa dan laporan kimia masih belum diperolehi.

Di mahkamah itu, tertuduh Ja’afar Halid, 37, berdepan tiga pertuduhan cubaan membunuh dengan menembak K.Arivani,33, di kepala, Nurul Huda Ab Aziz, 38, di bahu dan Lee Hong Boon, 56, di dada kiri.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini antara pukul 7.15 malam dan 7.30 malam, 1 Disember tahun lepas.

Sementara itu di mahkamah sesyen berasingan Hakim Irwan Suaibon turut menetapkan tarikh sama sebagai sebutan semula kes bagi dua pertuduhan cubaan bunuh yang dihadapi pengawal itu di hadapan hakim berkenaan.

Irwan turut menetapkan tarikh sama selepas Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim memaklumkan pihaknya juga belum memperolehi laporan perubatan mangsa dan laporan kimia.

Ja’afar berdepan dua pertuduhan cubaan membunuh dengan menembak Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, di dada kiri dan Puah Bee Joo, 32, di bahu pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi setiap kesalahan itu yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes tembakpengawal peribadi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Menyamar Pengawal Peribadi Raja Muda Selangor, Perdaya Urusan Jual Tanah Kereta Mewah

Individu Menyamar Pengawal Peribadi Raja Muda Selangor, Perdaya Urusan Jual Tanah Kereta Mewah

19/10/2026
0

SHAH ALAM – Pentadbiran Istana Selangor mengambil maklum dan menerima laporan polis berhubung individu yang didakwa menyamar sebagai Pengawal Peribadi...

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd