• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama LKIM, TLDM Bantu Keselamatan Nelayan

oleh Ahmad Albab
14/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Kerjasama antara Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mampu membantu dan menjamin keselamatan nelayan di perairan negara.

Ketua Pengarah LKIM M. Saedon Abd Majid berkata bentuk kerjasama itu boleh diterjemahkan dalam bentuk penyaluran maklumat seperti pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing.

Selain itu, Program Jiwa Murni yang dilaksanakan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) juga dapat membantu golongan nelayan mendapat prasarana yang baik.

“Di samping wujud jaringan kerja nelayan bersama pihak TLDM, Program Jiwa Murni dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak dan masyarakat lain turut mendapat faedah,” katanya.

M. Saedon bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni LKIM Perak dan Persatuan Nelayan Kawasan Manjung Selatan bersama KD Seri Manjung dan KD Duyong di Sitiawan di sini hari ini.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang dua hari program yang bermula hari ini termasuk gotong royong, mengecat, memasang bumbung baharu, menanam pokok di sekitar jeti nelayan dan sukaneka bersama masyarakat nelayan.

Selain itu, M. Saedon berkata pihaknya juga menitikberatkan kebajikan nelayan terutama keadaan keadaan jeti bagi memastikan keselesaan dan keselamatan golongan berkenaan.

“Saya lihat walaupun kemudahan jeti dah ada di sini tetapi masih boleh ditambah baik dan perlu diperbaiki bagi memastikan kebajikan nelayan dijaga,” katanya. – BERNAMA

Tags: LKIMNelayanTLDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd