• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen ‘Bebas Beg Plastik’ Kerajaan Selangor Gagal

oleh AK-47
25/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kempen ‘Bebas Beg Plastik’ setiap hari yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor sejak 1 Jan lepas, dilihat gagal dalam pelaksanaannya, kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya melaksanakan kempen itu secara berfasa dan bukan secara drastik tanpa mengambil kira impak sosialnya kepada rakyat.

“Kempen alam sekitar merupakan kempen yang penting tetapi dasar ini harus menyediakan alternatif dan kajian. Ia harus disertakan dengan satu cadangan penggunaan beg kertas yang boleh dikitar semula, ini merupakan satu teknologi hijau yang boleh kita war-warkan dalam kalangan rakyat.

“Kerajaan negeri juga bersikap angkuh dengan mengenakan juga caj 20 sen bagi setiap beg plastik. Pada hemat saya bila sebut kempen bebas beg plastik ia harus bebas segalanya tanpa sebarang caj,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Elizabeth Wong hari ini yang dilapor menolak cadangan penggunaan beg kertas sebagai alternatif bagi mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kalangan pengguna.

Wong yang dipetik satu portal berita pro pembangkang, memberitahu kempen itu sebenarnya mahu mendidik pengguna membawa beg sendiri ketika membeli belah, bukan untuk menggantikan beg plastik dengan bahan lain.

Mengulas lanjut, Irmohizam berkata dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan negeri sepatutnya mengeluarkan dasar-dasar yang membantu rakyat, seperti menyediakan beg kertas yang boleh dikitar semula bagi menggantikan beg plastik.

“Ini satu perkara yang timbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat…di manakah sikap sebenar yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri yang seakan-akan ingin ambil hak rakyat tanpa fikirkan keselesaan rakyat.

“Saya juga dapat laporan keluhan rakyat yang beli ikan di pasar-pasar raya adakalanya mereka terpaksa bawa balik ikan tanpa beg plastik,” katanya.

Terdahulu, Irmohizam yang juga anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghadiri taklimat Geran Sepadan dan SSPN-i/SSPN-i Plus oleh PTPTN bersama guru-guru hal ehwal murid (HEM) Daerah Petaling di sini.

Mengulas mengenai taklimat itu, beliau berkata PTPTN kini sedang giat menggerakkan kempen untuk menggalakkan rakyat khususnya di Selangor untuk menabung dengan perbadanan itu.

“Sejak 2014 sehingga hari ini, bilangan penabung di Selangor ialah 525,763 orang dan jumlah ini perlu dipertingkatkan kerana kita mahu anak-anak di Selangor terbela masa depan pendidikan mereka bila menabung dengan PTPTN.

“Program yang dilaksanakan oleh PTPTN seperti Geran Sepadan dan SSPN-i/SSPN-i Plus ini juga menyediakan insentif dari segi pelepasan cukai pendapatan, takaful dan hadiah cabutan untuk mereka yang mempunyai penabungan tertinggi.

Selain itu, program ini lebih konsisten dan bukan bersifat politik,” katanya. – BERNAMA

Tags: beg plastikDatuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

25/11/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bercadang untuk menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik pada Jumaat hingga Ahad di mana-mana premis perniagaan...

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

07/12/2022
0

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha, termasuk pembersihan sungai, pemberian beg kitar semula dan penamaan pokok menggunakan hasil kutipan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd