• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekurangan Fizikal Tak Halang Haziq Kejar Impian

oleh Ahmad Albab
22/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun hanya bergantung kepada sekeping papan selaju (skateboard) sebagai ‘kaki’ untuk bergerak, pergerakan yang terhad itu tidak menghalang Muhammad Haziq Samrat, 22, mengejar impiannya menjadi seorang yang tersohor dalam bidang animasi kreatif.

Penerima Anugerah Inspirasi pada Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa (IIC) kali ke-10 itu tidak pernah menganggap kekurangan fizikal daripada pinggang ke bawah yang dihidapinya sejak lahir sebagai halangan untuk berjaya.

“Ayah saya yang menggalakkan saya menceburi bidang ini. Ayah berpendapat industri animasi kreatif sangat luas dan mempunyai masa depan yang cerah. Jadi ayah yang memberi semangat sepanjang saya belajar.

“Saya juga bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang turut membantu pergerakan seharian seperti menaiki tangga sepanjang berada di kampus,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Konvokesyen IIC ke-10 di Pusat Aktiviti Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhammad Haziq yang menerima Diploma Animasi Kreatif daripada Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri, ditemani bapanya Samrat Mekah dan ibunya Narimawati Abdul Jalil.

Selain ingin menyambung pengajian dalam bidang animasi kreatif, Muhammad Haziq turut memasang impian menyertai temasya sukan Para ASEAN 2017 September nanti bagi acara renang.

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu yang akan menjalani latihan untuk melayakkan diri bagi temasya itu pada bulan depan turut memasang impian mewakili Malaysia bagi acara renang pada temasya sukan Paralimpik.

Muhammad Haziq membuktikan beliau juga mampu menjalani kehidupan seperti remaja lain apabila turut aktif dalam sukan lasak termasuk ‘rock climbing’ dan ‘paintball’.

“Semua orang mempunyai cabaran dan kelemahan tersendiri. Tidak perlu rasa rendah diri, kita perlu jadi diri sendiri. Jadikan cabaran sebagai peluang untuk kita mencorak masa depan yang lebih cerah,” kata penerima Anugerah Tokoh OKU sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah (tahun 2009) itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IIC Shamsul Kahar Haron berkata seramai 1,523 graduan menerima penganugerahan pada majlis konvokesyen kali ini.

Majlis tersebut turut menyaksikan Amirah Sahira Muhammad Adli penerima Diploma Perbankan Islam dan Kewangan diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi Keseluruhan dan Muhammad Syahir Aiman Md Sukor (Diploma Pengajian Islam dan Sains Kontemporari) menerima Anugerah Aktiviti Kokurikulum. – BERNAMA

Tags: IICOKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd