Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Kedah Catat Peningkatan Kes...

ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 9.2 peratus kes demam denggi atau 95...

Kerajaan Kenal Pasti Negara...

TANJONG KARANG: Kerajaan sudah mengenal pasti beberapa negara sumber untuk membekalkan ayam beku...

Piala Malaysia: Mat Yo...

Kuala Lumpur - Bojan Hodak tidak menyalahkan penyerang Norshahrul Idlan Talaha selepas Harimau...

P.Pinang Nafi Turun Harga...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang belum membuat keputusan muktamad berhubung permohonan...

Kejayaan Faiz Inspirasi Buat Pemain Bola Sepak Negara

KUALA LUMPUR – Kejayaan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 memberi inspirasi kepada pemain bola sepak negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kejayaan yang dicipta penyerang Pulau Pinang itu melalui hasil keunikan sepakan percuma, pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) juga mengharumkan nama Malaysia.

Kejayaan Faiz Inspirasi Buat Pemain Bola Sepak Negara
Twitter Najib Tun Razak

“Tahniah Faiz Subri! Kejayaan anda dlm #FIFAPuskasAward 2016 akan beri inspirasi kepada semua pemain bola sepak Malaysia dan juga harumkan nama negara!” katanya dalam laman Facebook dan Twitternya hari ini.

Jaringan menarik Mohd Faiz itu menerima undian sebanyak 59.46 peratus mengalahkan dua lagi calon – Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela, 10.01 peratus.

Mohd Faiz menerima anugerah tersebut daripada bekas penyerang sensasi Brazil, Ronaldo.


Gol tercantik dunia oleh Mohd Faiz itu adalah melalui sepakan percuma semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada perlawanan Liga Super, 16 Februari tahun lepas.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puska, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau. – BERNAMA

Kategori