• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Tak Lindungi Penerima Rasuah – Ahmad Bashah

oleh AK-47
01/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Kerajaan negeri Kedah memberi jaminan akan terus menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya ada pegawai kerajaan negeri yang terlibat dengan rasuah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, teguran mengenai bahaya rasuah sudah kerap kali dibuat dan sudah sampai masanya tindakan tegas diambil dengan mengheret yang terlibat ke muka pengadilan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Penerangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Program Tranformasi Pemikiran Islam Malaysia (TRAPI) peringkat negeri Kedah di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Ahmad Bashah mengulas kes seorang penolong jurutera kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) di negeri ini yang direman berhubung kes rasuah projek penyelenggaraan dan naik taraf jalan di Sik sejak 2012.

Bagaimanapun suspek lelaki berusia 56 tahun itu dilepas dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM100,000 semalam.

Forum hari ini menarik penyertaan kira-kira 3,000 peserta terdiri daripada penghulu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pegawai masjid, imam, penjawat awam dan pelajar institusi pengajian tinggi.

Forum anjuran kerajaan negeri Kedah bersama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Felo Kanan IKSIM, Karim Omar; dan Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM, Datuk Prof Mahamad Naser Disa. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md HanipahKedahrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd