• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Julang Piala Sultan Ahmad Shah 2017

oleh Ahmad Albab
21/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bintang import, Liridon Krasniqi muncul wira Kedah apabila menghasilkan gol kemenangan ketika menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 5-4 menerusi sepakan penalti, sekali gus merangkul Piala Sultan Ahmad Shah, malam ini.

Aksi perlawanan sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini, yang juga pembuka tirai Liga Malaysia (Liga-M) 2017, terpaksa dilanjutkan kepada sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit permainan sebenar.

Keputusan 90 minit perlawanan antara Kedah yang juga juara Piala Malaysia dan JDT, juara Liga Super itu, diambil kira untuk Liga Super.

Namun sebelum itu, JDT yang dikendalikan jurulatih baharu, Benjamin Mora bagi menggantikan Mario Gomez, mendahului menerusi sepakan penalti kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-40.

Pengadil Suhaimi Mat Hassan menghadiahkan sepakan itu setelah pemain import tuan rumah, Federico Ferreira dijatuhkan dalam kawasan penalti oleh Mohd Asri Mardzuki.

Bagaimanapun, kegembiraan JDT itu tidak berpanjangan apabila Kedah berhasil meledakkan gol penyamaan pada minit ke-63, menerusi kapten mereka, Baddrol Bakhtiar.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan sebelum penentuan penalti diadakan bagi menentukan pemenang Piala Sultan Ahamd Shah.

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) Kevin Ramalingam. – BERNAMA

Tags: Piala Sumbangsih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Sharafuddin Sokong Selangor FC Tarik Diri Dari Piala Sumbangsih

Sultan Sharafuddin Sokong Selangor FC Tarik Diri Dari Piala Sumbangsih

09/05/2024
0

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala...

Polis Tingkat Keselamatan Aksi Piala Sumbangsih – KPN

Polis Tingkat Keselamatan Aksi Piala Sumbangsih – KPN

08/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan persediaan polis dalam mempertingkat tahap keselamatan menjelang perlawanan Piala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd