• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuasa Allah, Kain Kafan Mayat 16 Tahun Tak Reput

oleh AK-47
23/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Meskipun sudah 16 tahun dikebumikan, keadaan kain kafan tiga jenazah yang dihanyutkan arus deras air hujan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Datuk di Kampung Dalam Rhu, di sini masih elok.

Kejadian itu berlaku ketika penduduk kampung bergotong-royong menimbus kembali pusara yang berubah tempat, batu nisan tercabut dan belindan pecah sejak semalam lagi.

Menurut imam Masjd Ismaili Tumpat, Mazlan Besar, apa yang berlaku adalah kuasa Allah memperlihatkan kain kafan yang masih elok sedangkan jasad itu dikebumikan 16 tahun lalu.

“Saya yang baru selesai menunaikan solat Subuh segera ke kawasan kubur terbabit dan dalam keadaan hujan lebat masih sempat melihat tiga belindan yang mengandungi jenazah yang masih elok berkain kafan.

Kuasa Allah, Kain Kafan Mayat 16 Tahun Tak Reput
Sumber gambar: Facebook

“Tapi sebelum diperlihat oleh orang ramai saya tutup (kambus) cepat-cepat kain kafan itu. Itu semua kuasa Allah, di sini tanah perkuburan yang jenazahnya ditanam hanya tiga hingga empat kaki kerana faktor tanah,” katanya yang memetik Sinar Online.

Difahamkan, keadaan di tanah perkuburan berkenaan ketika itu agak cemas ditambah keadaan hujan agak lebat dan belindan serta batu nesan berselerak akibat pasir terhakis disebabkan arus yang deras.

Tambah Mazlan, tanah perkuburan itu sudah berusia lebih 100 tahun dan yang terbesar di mukim terbabit.

Sehubungan itu, hebahan terus dibuat kepada penduduk sekitar bagi mengadakan gotong-royong membaiki serta membersihkan tanah perkuburan terbabit.

Kelmarin dilaporkan arus deras air hujan yang bertakung memasuki Tanah Perkuburan Islam Kubur Datuk menyebabkan lebih 100 kubur rosak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KelantanTuhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gagasan Sejahtera PAS Bertaraf Sampah! – PAN

Next Post

21 Sekolah Di Kelantan Ditutup Ekoran Banjir

Related Posts

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

21 Sekolah Di Kelantan Ditutup Ekoran Banjir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd