• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Negeri Masih Baharu, Tiada Keperluan Dirombak

oleh Ahmad Albab
20/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Keputusan Ketua Menteri baharu Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg semalam, mengekalkan barisan Kabinet yang dibentuk Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, adalah bagi memberi tumpuan meneruskan usaha yang ditinggalkan, kata seorang pemimpin parti.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumputera Bersatu (PBB) Datuk Stephen Rundi Utom berkata ia akan memberi masa kepada Abang Johari menyelesaikan semua tugas.

“Kita (Sarawak) belum lagi sepenuhnya mencapai penurunan kuasa dan autonomi daripada kerajaan persekutuan dan juga belum melaksanakan sepenuhnya rancangan dalam semua kementerian terutama berkaitan transformasi dan pembangunan ekonomi,” kata menteri Pembangunan Kemudahan Utiliti Sarawak itu.

Abang Johari mengekalkan barisan menteri dan menteri muda dalam Kabinetnya serta portfolio masing-masing yang diumumkan semalam. Pada sidang media, beliau berkata akan membuat rombakan yang perlu apabila sampai masanya.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti yang juga Timbalan Ketua Wanita PBB Datuk Fatimah Abdullah berkata tidak wujud keperluan bagi ketua menteri membuat rombakan lagi pun pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Tanjung Datu akan diadakan bulan depan.

PRK itu diadakan berikutan berikutan kematian penyandang kerusi, Allahyarham Adenan, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lepas.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir berkata. tindakan Abang Johari itu merupakan satu penghormatan kepada Allahyarham Adenan.

“Penghormatan yang diberi oleh Abang Johari kepada Adenan bukan sahaja sebagai seorang bekas ketua menteri yang dihormati rakyat Sarawak, tetapi sebagai menghormati rakan sekampung dan rakan seperjuangannya dalam bidang politik,” katanya.

Beliau berkata tindakan yang diambil membuktikan sensitiviti Abang Johari.

“Kabinet negeri yang dibentuk Allahyarham Tan Sri Adenan baru sahaja berusia lapan bulan selepas pilihan raya negeri tahun lalu dan mungkin Abang Johari mengambil kira bahawa keperluan untuk rombakan Kabinet itu tidak terdesak,” kata Jeniri kepada Bernama.

Beliau berpendapat Abang Johari melihat tanpa rombakan pun tidak akan berlaku kerencatan, tidak akan mengganggu Kabinet negeri untuk berfungsi dengan baik kerana mereka sudah bekerja sebagai satu pasukan untuk meneruskan agenda Adenan.

“Saya percaya apabila sampai masanya Abang Johari perlu membuat perubahan, beliau akan melakukannya mengikut agenda tersendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dialog TN50 Permulaan Terbaik Corak Masa Depan

Next Post

PTPTN: Ketepi NPL Bagi Rakyat Nikmati Pendidikan Tinggi

Related Posts

Badan Bukan Islam Akan Terus Mendapat Peruntukan

24/12/2018
0

KUCHING - Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya sekadar dalam bentuk lisan tetapi juga dalam...

Pendaftaran GPS: Abang Jo Ucap Terima Kasih

19/11/2018
0

SIBU - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

Next Post

PTPTN: Ketepi NPL Bagi Rakyat Nikmati Pendidikan Tinggi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd