• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurutera Maut Diseret Kereta Sejauh 1 Kilometer

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang jurutera maut selepas dilanggar dan diseret beberapa kenderaan dalam kejadian di Km 374.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Tanjung Malim tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak DSP Mohd Mahiri Hussin berkata dalam kejadian 12.40 tengah malam itu, Izzudin Hamdan, 26, menunggang motosikal di lorong kiri lebuh raya dalam perjalanan dari Manjung ke Ulu Bernam.

“Motosikal yang ditunggang Izzudin hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong tengah dan mangsa tercampak ke tengah jalan.

“Motosikal mangsa kemudian dilanggar oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai Tucson dan akibat pelanggaran motosikal itu melekat di bawah SUV sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya pada masa sama, Izzudin dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta jenis Audi ke lorong paling kanan sejauh satu kilometer sebelum mangsa dilanggar lagi oleh sebuah kereta lain hingga ke pembahagi jalan.

Mangsa yang berasal dari Sitiawan maut di tempat kejadian manakala kesemua pemandu dan penumpang tiga lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Mohd Mahiri berkata ketika kejadian mangsa menunggang bersama seorang lagi rakan, Mohd Zahir Mohd Khair, 30, yang tidak terlibat dalam kemalangan itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: juruterakemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd