• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juru Pam Didakwa Salah Guna Kad Kredit

oleh Ahmad Albab
08/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang juru pam stesen minyak hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan menyalah guna kad kredit milik seorang timbalan pendakwa raya berjumlah RM1,699 pada bulan lepas.

Tertuduh, Muhammad Syazwan Abdul Halim, 20, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Syazwan menyalahgunakan kad kredit Visa Maybank milik mangsa untuk membeli telefon bimbit jenis Samsung J7 Prime bernilai RM1,221 di Kedai Best EH Enterprise di sini pada pukul 2.11 petang, 26 Disember, tanpa pengetahuan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh pada 23 Disember lalu di lokasi yang sama pada pukul 8.22 malam telah menyalahgunakan kad kredit berkenaan untuk membeli telefon bimbit jenis Samsung J1 bernilai RM488 tanpa pengetahuan mangsa.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan sehingga lima tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda.

Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli kemudiannya menetapkan 5 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula dan bagi membolehkan tertuduh mendapatkan peguam bela.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eliana Ismail. – BERNAMA

Tags: kad kreditmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd