• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatan Strategik: SPA Jangan Lantik Perasuah

oleh Ahmad Albab
09/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMBANTERAS rasuah secara sinonim nampaknya dianggap tugas Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sejak Oktober lalu, sampai semalam, tiga tangkapan babitkan penjawat awam di jawatan strategik didedahkan.

Seorang Ketua Pengarah sektor bekalan air, seorang Ketua Setiausaha Kementerian dan terbaharu CEO agensi berkaitan pinjaman usahawan diseret ke muka penyiasatan. Secara persepsi, berdasarkan fakta terutama jumlah wang dan aset yang dirampas, ia bukti wujud rasuah berskala besar babitkan penjawat awam tertinggi.

Persoalannya: Bagaimana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memilih calon untuk jawatan straregik? Si perasuah diletakkan sebagai pentadbir tertinggi Perkhidmatan Awam?

Rakyat sudah tidak berdaya berdepan dengan isu kehilangan wang awam yang dilesapkan oleh bos-bos penjawat awam sendiri. Sudahlah dilesapkan, angkanya babitkan puluhan juta ringgit.

Tiga tangkapan ini mencetuskan persepsi: Berapa ramai lagi penyangak wang awam yang sedang menduduki jawatan strategik?

Terbaharu, kes babitkan babitkan agensi yang mengendalikan pinjaman berkaitan dana kerajaan.

Kes rasuah Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional ditahan SPRM semalam, manjadikan kita berasa perasuah kini berada secara berleluasa di mana-mana Perkhidmatan Awam.

Selain skandal menerima suapan RM36 ribu daripada agensi pengutip hutang, bekas bos TEKUN ini ditahan semula bagi kes meluluskan pinjaman RM200,000 kepada syarikat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

Pada 2 Disember 2014, Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, Jabatan Imigresen dan PDRM merupakan dua daripada 10 agensi kerajaan yang disenaraikan SPRM sebagai memiliki kadar rasuah tertinggi.

Kita yakin, data ini dua tahun lalu merujuk pada amalan pegawai bawahan dan pertengahan.

Namun, dengan kewujudan kes Sabah Watergate, KKLW Gate dan kini Tekun Gate, ia kini menjurus pada pembabitan jawatan tertinggi.

Kenaikan Pangkat Perlu Lepasi Tapisan SPRM

Soalan utama tentunya pada SPA: Apakah langkah pencegahan yang diambil bagi menangani skandal ini? Apakah sudah wujud pendekatan kontruktif bagi memastikan penjawat tertinggi awam yang dilantik bukan seorang perasuah?

Secara fakta, Ahmad Zahid pada tahun 2014 juga mendedahkan senarai 10 Jabatan dan Kementerian paling rasuah sudah dibentang dan diserahkan kepada kabinet.

Pasti banyak maklumat yang ingin kita tahu: Apakah tindakan SPA apabila menerima fakta yang diserahkan SPRM dua tahun lalu?

Ketirisan babitkan angka puluhan juta wang milik rakyat tidak dapat diterima. Kita tidak mahu untuk tahun-tahun seterusnya, kita terus digemparkan dengan kejayaan SPRM mengheret top gun perkhidmatan awam ke muka pengadilan.

Apa yang kita mahu ialah langkah pencegahan!

Kita bersetuju dengan kenyataan Ahmad Zahid ketika ditanya dua tahun lalu:

“Ia sesuatu yang memalukan kerana dengan hanya dua tiga kerat (pegawai) buat salah, kita yang tidak terlibat juga terpalit imej buruk!”

Manakala bagi pihak awam, timbul protes pada SPA: “Kita tidak mahu dana berkaitan kepentingan awam terus dikebas penjawat tinggi yang korup!”

SPRM sudah menjalankan tugas tangkapan. Kini perhatian tertumpu pada SPA untuk pencegahan: Jangan letak perasuah di jawatan strategik. Lingkup negara kalau macam ini! – MYNEWSHUB.CC

Tags: rasuahSPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd