• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpedaya Pakej Umrah Bawah RM5,000

oleh Ahmad Albab
08/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Orang ramai perlu berhati-hati ketika memilih pakej umrah yang ditawarkan di bawah harga RM5,000 bagi mengelak penipuan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata mereka perlu memilih syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan yang berdaftar dengan Tabung Haji dan Kementerian Pelancongan sahaja.

“Mana-mana agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah kurang daripada RM5,000 boleh diragui. Amat malang ramai juga yang terjebak, terperangkap dengan agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab ini.

“Saya berharap selepas ini jemaah khususnya dari Sarawak dan Malaysia amnya akan lebih berhati-hati,” katanya.

Fadillah, yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya, berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan pembukaan pejabat TM Tours and Travel Cawangan Kuching di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan TM Tours and Travel, Mohd Ridzwan Abdullah dan Pengurus Besar TM Tours and Travel Sarawak Azmi Shaari.

Mengulas mengenai pembukaan cawangan baru TM Tours and Travel itu, Fadillah berkata syarikat tersebut diyakini mampu memberi kepuasan kepada pelanggan menerusi tawaran pakej haji, umrah mahupan ke destinasi lain berdasarkan pengalaman serta rekod yang baik.

Sementara itu Mohd Ridzwan menyatakan komitmen syarikat tersebut untuk membawa pelancong luar ke Sarawak dan pada masa yang sama membawa penduduk negeri ini ke serata dunia menerusi penawaran pelbagai pakej mereka.

“Kami boleh disifatkan sebagai antara pengendali pelancongan muslim yang tersohor dan dikenali ramai kerana turut menyediakan servis percutian, pengangkutan, majlis, pengurusan, inap desa, program persekolahan, percutian musim panas untuk pelancong domestik dan antarabangsa.

“Dengan matlamat mahu menyediakan servis dan produk pengembaraan kami sentiasa menitikberatkan keperluan dan nilai yang bakal diperoleh pelanggan ketika melancong bersama-sama TM Tours and Travel,” katanya.

TM Tours and Travel ditubuhkan pada 1991 mempunyai dua cawangan di Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Bangi dan Kota Bahru menawarkan khidmat pelancongan tempatan dan antarabangsa, pembelian tiket penerbangan serta pakej umrah dan haji. – BERNAMA

Tags: kes tipuPakej Umrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Hamil Didakwa Tipu Tawaran Pakej Haji, Umrah

Wanita Hamil Didakwa Tipu Tawaran Pakej Haji, Umrah

02/03/2023
0

Kuala Pilah : Wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dakwaan menipu pakej umrah dan haji. Ikuti...

Solat Kapasiti Penuh Di Masjidil Haram, Masjid Nabawi Bermula Hari Ini

18/10/2021
0

KUALA LUMPUR: Solat berjemaah dengan kapasiti penuh mula dibenarkan di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd