• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ambil Sikap Selesa Setiap Perlawanan – MB

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan pemain skuad Rusa supaya tidak mudah berasa selesa apabila mencapai kemenangan.

Sebaliknya, beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata pemain harus menganggap setiap perlawanan umpama final.

“Kalau kita mempunyai sikap mahu menang, saya yakin kita boleh berjaya. Saya juga mengingatkan pemain supaya jangan ada sikap sombong dan terlampau yakin kerana kita juga kena hormat lawan kita.

“Yang penting ialah kita bermain dengan keyakinan untuk menang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangan 3-0 ke atas Sabah pada aksi sulung Liga Perdana 2017 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini Jumaat lepas.

Mohamad turut berharap supaya skuad Rusa dapat mengekalkan momentum kemenangan itu dalam usaha melayakkan diri dalam saingan Liga Super musim depan.

Mengulas lanjut, beliau berkata secara keseluruhannya pemain musim ini mempunyai komitmen yang tinggi termasuk pemain import yang menunjukkan mutu permainan yang lebih baik jika dibandingkan pada tahun-tahun sebelum ini.

Pada musim ini, Negeri Sembilan diperkuatkan empat pemain import iaitu Bruno Suzuki Castan Heira dari Jepun, Simic Marko (Croatia), Lee Andrew Tuck (England) dan Vidic Nemanja (Serbia).

Skuad negeri itu dibimbing Mohd Asri Ninggal manakala bekas jurulatih Kelab Medan Chiefs, Indonesia, Jorg Peter Steinebrunner yang berasal dari Jerman dilantik sebagai pengarah teknikal. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd