• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Kastam Sasar Kutipan GST RM40-RM42 Bilion Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
21/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada tahun ini sekitar RM40 hingga RM42 bilion berbanding RM41.2 bilion pada 2016, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau berkata JKDM akan meneruskan program bersama rakyat terutamanya golongan peniaga untuk memastikan mereka lebih memahami mengenai sistem percukaian tersebut.

“Sistem percukaian ini baru sahaja dilaksanakan selama setahun 10 bulan dan kita mahu mendidik mereka untuk lebih memahami mengenai GST.

“Namun, dalam tempoh pelaksanaan cukai ini, JKDM melihat bibit-bibit kejayaan untuk kita terus melaksanakannya dengan lebih cemerlang lagi,” katanya kepada media selepas Program Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia di sini hari ini.

Pada peringkat JKDM, Khazali berkata pembaharuan turut dilaksanakan termasuk mewujudkan Strategi Lautan Biru Kastam (CBOS) yang melibatkan semua bahagian JKDM sebagai penambahbaikan dalam tadbir urus sistem GST.

Setakat ini, katanya JKDM mempunyai 431,000 syarikat yang berdaftar dalam sistem percukaian GST dan usaha akan terus dibuat untuk mengesan syarikat yang layak mendaftar terutamanya perniagaan dalam talian.

“JKDM masih belum menentukan jumlah peratus peniaga dalam talian yang ada di negara ini, tetapi kita percaya masih ramai peniaga dalam talian yang belum berdaftar dengan kita.

“Jabatan Kastam akan terus mengesan perniagaan dalam talian yang mempunyai nilai ambang sebanyak RM500,000 sama ada secara luar talian atau dalam talian kerana mereka semua tertakluk kepada percukaian GST,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd