• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Rohingnya Perlu Ditangani Segera Elak Dieksploitasi Militan

oleh Ahmad Albab
14/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata isu etnik Rohingya perlu ditangani segera bagi mengelak mereka dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab, terutama militan.

Katanya susulan usaha habis-habisan pihak barat dalam menentang gerakan militan di Syria dan Iraq, kumpulan itu dilihat terpaksa mencari kawasan lain untuk berlindung.

“Saya bimbang mereka (pengganas) ini akan cepat cari tempat perlindungan di luar Syria dan Iraq, dan kebimbangan saya kalau tak di selatan Thailand dan selatan Filipina, (mereka akan) ke kawasan Rohingya iaitu di Rakhine,” katanya kepada pemberita di Felda Ulu Penggeli, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata beliau bimbang penindasan yang berlaku ke atas Rohingya akan memaksa golongan itu berpaling kepada kumpulan militan Daesh untuk sokongan.

Katanya jika itu berlaku, akan timbul isu lebih berat termasuk mewujudkan ketidakstabilan di rantau ASEAN.

“Kita tahu bahawa Abu Sayyaf dan kumpulan-kumpulan pengganas lain sudah berbai’ah dan berikrar sokongan kepada Daesh dan apabila mereka (Daesh) gagal di Syria dan Iraq, mereka terpaksa cari kawasan perlindungan lain atau mewujudkan wilayah Islamiyah di tempat-tempat lain, tidak ada sebab untuk kita terkecuali daripada perancangan mereka,” kata Hishammuddin.

Beliau berkata sehubungan itu usaha proaktif kerajaan perlu diteruskan selain menjangka kawasan-kawasan yang mungkin disasarkan oleh pihak militan agar ideologi mereka dapat dikekang.

Kata beliau kementeriannya bekerjasama rapat dengan Indonesia dan Filipina bagi mendepani ancaman militan.

“Kita kena bekerjasama rapat, tidak boleh bekerja dalam silo (berasingan) dan kita kena berdepan dengan mereka habis-habisan,” katanya.

Terdahulu, Anggota Parlimen Sembrong itu menyampaikan geran tanah kepada warga Felda di Sembrong merangkumi 60 peneroka dari Felda Ulu Penggeli dan 24 dari Felda Kahang Barat.

Dalam ucapannya, Hishammuddin berkata beliau berharap pemilikan tanah itu akan menjadi penambah semangat kepada peneroka untuk terus meningkatkan hasil dan seterusnya membaiki taraf hidup mereka.

Sebanyak 984 peneroka Felda di Sembrong menerima geran tanah masing-masing setakat ini. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin Tun HusseinIsu Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO, BN Tetap Sokong Kerajaan Sedia Ada

30/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada di sebalik kemelut serta ketidakstabilan politik ketika...

SUA Hishammuddin Buat Laporan Polis Susulan Surat Palsu

24/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat susulan surat palsu yang mengaitkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd